
Seorang individu meluahkan rasa kesal selepas mendedahkan dirinya membuat keputusan untuk berhutang sebanyak RM40,000 semata demi memenuhi standard majlis perkahwinan kini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Setiap Hari Dia Cakap Abang Nak Bayar Hutang, Dari Pagi Sampai Malam Berniaga’ – Isteri Datuk Red
Artikel Berkaitan: Kawan Meninggal Dunia Sebelum Langsai Hutang RM16K… Individu Bingung Patut Halalkan Atau Tidak – ‘Dia Melancong Sana Sini’
Hutang RM40K
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu yang tidak mendedahkan identiti itu memaklumkan majlis perkahwinannya menerima banyak pujian hasil daripada pinjaman bagi menampung kos majlis tersebut.
Tambah individu berkenaan, dia dan isterinya terpaksa berjimat sehingga hanya menjamah mi segera kerana sebahagian besar wang digunakan untuk membayar pinjaman.
Aku kahwin dengan hutang RM40,000. Bukan hutang rumah. Hutang kahwin.
Deko floral mahal. Dulang cantik. Pelamin macam istana. Tetamu puji gambar cantik. Instagram nampak sempurna.
Dua bulan lepas majlis, aku duduk dapur makan maggi dengan isteri aku.
Bukan sebab tiada duit nak masak. Sebab duit semua pergi bayar ansuran pinjaman yang kami ambil semata nak ‘kejar standard’ kenduri orang lain.
Selain itu, mereka menyedari bahawa majlis yang berlangsung hanya sehari itu tidak setimpal dengan beban hutang yang perlu ditanggung dan dilunaskan dalam tempoh bertahun-tahun.
Isteri aku cakap satu ayat yang aku tak lupa sampai sekarang. ‘Kalau tahu macam ini, baik kita nikah biasa saja dan pergi bercuti.’
Dan dia betul. Majlis hanya sehari tapi hutang bertahun.
Pandangan netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan agar mengadakan majlis mengikut kemampuan kewangan tanpa perlu memenuhi kehendak mana-mana pihak kerana kehidupan selepas berkahwin lebih utama.
Sumber: Threads @livemarketmalaysia







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
