
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming tampil menjawab dakwaan yang mendakwa Sambal Nyet Bilis keluaran terbaharunya terlalu pedas hingga menjadi bualan ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Dah Mula Buat Perancangan Untuk Pelancaran Produk Tahun Depan’ – Khairul Aming
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Taja Trip Ke Itali Untuk Lima Pembeli Terawal – ‘Boleh Bawa Plus One’
Sambal pedas
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu mendakwa Sambal Nyet Bilis berkenaan terlalu pedas sehingga menyebabkan lidahnya berasa kebas.
Tampil memberikan penjelasan, Khairul Aming yang lebih mesra disapa KA berkata tahap kepedasan produk terbaharunya itu sebenarnya lebih rendah berbanding Sambal Nyet sebelum ini.
KA menjelaskan sekiranya tahap kepedasan sambal itu dikurangkan lagi, dia bimbang sambal berkenaan tidak lagi memberikan sensasi pedas yang diinginkan.
Pun begitu, KA berkata semua maklum balas yang diterima akan dikumpulkan untuk diteliti sebelum sebarang penambahbaikan dilakukan pada keluaran seterusnya.
Sebenarnya sambal ni kita buat dah kurang pedas dari Sambal Nyet yang sebelum ini.
Kalau kurangkan lagi pedas saya risau tak ‘kick’ nanti.
Tapi tidak mengapa, KA tengah kumpul semua maklum balas juga nanti kita susun.
Terdahulu, individu itu mencuri perhatian apabila mendakwa Sambal Nyet Bilis itu terlalu pedas sehingga anak-anaknya turut berlari mendapatkan air.
Sumber: Threads








