Seorang individu kongsi pengalaman bekerja sebagai pembantu klinik sekali gus mendedahkan sisi gelap pekerjaan tersebut yang ramai tidak ketahui.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Situasi Itu Menakutkan’ – Zara Zya Bongkar Sisi Gelap Industri Hiburan, Terkejut VVIP Tunggu Dalam Bilik Hotel

Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Mahu Bongkar Sisi Gelap Dunia Artis? – ‘Semua Dah Start Goyang, Masing-Masing Takut Nama Kena Petik’ 

Sisi gelap

Menerusi perkongsian di Threads, individu itu berkata pada awalnya dia menyangka tugasnya hanya meliputi urusan pendaftaran dan menyusun ubat namun segalanya berubah apabila menerima satu arahan pelik daripada doktor.

Individu terbabit mendakwa doktor berkenaan meminta pesakit yang menggunakan kad perubatan diberikan ubat-ubatan bernilai sekitar RM150.

Hal ini kerana doktor tersebut mahu jumlah bil yang lebih tinggi supaya tuntutan kepada pihak insurans juga dapat dibuat dalam jumlah yang lebih besar.

Setiap kali ada pesakit yang datang menggunakan medical card, doktor akan pesan dekat saya, ‘Kalau pesakit guna medical card, pastikan jumlah ubat jangan kurang daripada RM150’.

Saya terdiam. Saya tahu harga sebenar sesetengah ubat yang diberi tak sampai pun jumlah tu.

Tapi doktor tetap mahu jumlah bil dinaikkan supaya boleh claim lebih daripada pihak insurans.

Malah, individu itu mendakwa doktor tersebut turut tergamak memintanya menghubungi pihak insurans untuk mengetahui had perlindungan insurans pesakit berkenaan.

Tidak tahan melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip dan hatinya, individu tersebut akhirnya membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Setiap kali pesakit datang doktor akan mintak aku call panel insuran untuk tanya limit insuran yang patient tu ada.

Lagi banyak limit lagi seronok dia cas tinggi.

Saya kerja tak lama pun, dalam 6 bulan sahaja. Saya tak tahan, saya berhenti sebab rasa macam tak berkat hidup buat macam tu

Saya harap doktor tu sekarang dah tak buat macam tu.

Sumber: Threads