
Seorang individu tampil menjelaskan situasi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menunaikan solat ketika menjayakan larian hampir 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syed Saddiq Antara Hadiah Birthday Paling Bermakna Untuk Ara’ – BASS
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sangat Hargai’ – Bella Astillah Terharu Syed Saddiq Pakai Tali Leher Pemberiannya Setiap Kali Ke Mahkamah
Cara solat semasa larian
View on Threads
Menerusi ciapan yang dimuat naik, seorang pengguna Threads mempersoalkan cara Syed Saddiq menunaikan solat ketika menjayakan larian tersebut.
Maaf tanya, Syed Saddiq buat larian ratus kilometer, singgah solat tak? Tengah fikir sebab kalau boleh nak undi pemimpin yang solat.
Saya takut dah nak percaya orang tak solat. Saya suka semangat dia semua, tapi solat.
Bagaimanapun, seorang individu tampil berkongsi potongan klip siaran langsung yang memperlihatkan Syed Saddiq disediakan sebuah karavan sebagai tempat untuk berehat.
Menurut individu terbabit, karavan yang disediakan lengkap dengan kemudahan sebagai tempat berehat selain memaklumkan Syed Saddiq akan menghentikan larian setiap kali masuk waktu solat.
Saya tengok siaran langsung penuh setiap kali dia buat larian.
Dia ada caravan tempat tinggal yang lengkap dengan tempat tidur, tandas, dapur dan tempat solat.
Setiap kali masuk waktu dia berhenti rehat untuk solat.
Sumber: Threads @mazmassz






