Pelakon Mas Khan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila dilihat seakan tidak terkesan dengan pendapatan yang dipercayai diperoleh daripada sumber haram.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Buat Silap Besar..Terlalu Cepat Menilai Orang Dari Luaran, Aku Pandang Rendah Dekat Dia’ – Mas Khan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas 5 Bulan Kahwin, Mas Khan Hadiahkan Isteri Beg ‘Makeup’ Louis Vuitton Cecah RM6.5K

Tak kisah makan duit haram

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, meluahkan rasa syukur atas kesenangan hidup yang dikecapinya hasil usaha dan titik peluh sendiri.

Tambah Mas Khan, segala yang dimilikinya hari ini merupakan impian yang telah lama disimpan.

Dulu semua ini cuma angan-angan.

Aku selalu bayangkan satu hari aku dapat duduk rumah jenis banglo, ada kolam renang dan ada kereta mahal.

Ramai nampak impian itu terlalu besar tapi aku tak pernah berhenti bekerja keras walaupun penat, gagal atau lambat.

Hari ini satu demi satu Allah izinkan jadi kenyataan.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila terdapat individu meninggalkan komen berbaur teguran yang menyifatkan aktiviti ‘trading’ merupakan sumber pendapatan haram.

Bagaimanapun, reaksi pelakon berusia 31 tahun itu disifatkan seolah-olah mendongak langit sehingga mengundang pelbagai teguran dan nasihat daripada netizen di ruangan komen.

Sekali sekala makan duit haram.

Nasihat netizen

Sumber: TikTok @therealmaskhan