Mekdi bukan sekadar tempat makan, malah sering menjadi lokasi tercetusnya pelbagai momen spontan yang sukar dirancang.

Ada yang terserempak bekas kekasih, ada yang melalui first date yang bertukar menjadi kenangan lucu, malah ada juga yang mengalami situasi memalukan yang akhirnya menjadi bahan usikan rakan-rakan.

Lucunya, detik-detik inilah yang paling lama melekat dalam ingatan.

Nota ringkas yang buat Arrisa tersenyum sendiri

Bagi Arrisa, 34, kunjungan biasa untuk membeli makanan bertukar menjadi pengalaman yang tidak dijangka apabila dia menerima sekeping nota bersama pesanannya yang berbunyi, “Hai awak, boleh kenalan?”

Momen spontan itu membuatkan usahawan berkenaan berasa segan dan tertanya-tanya siapakah pengirimnya.

Hingga kini, dia masih tersenyum apabila mengenangkannya kerana dalam era serba digital, masih ada yang berani berkenalan dengan cara ‘old school’.

Assignment sampai pagi jadi memori paling manis

Bagi Dee, 31, kenangan paling bermakna pula tercipta ketika zaman universitinya.

Bersama rakan-rakan sekuliah, dia kerap menghabiskan malam hingga awal pagi menyiapkan tugasan sambil menikmati hidangan yang mesra poket pelajar.

Walaupun sederhana, detik berjaga sehingga subuh itu menjadi antara memori yang paling dirinduinya kerana di situlah terjalin semangat kebersamaan yang sukar dicari hari ini.

Dari makan tengah hari ke jinjang pelamin

kenangan

Bagi Mohd Azlan bin Shahidin, 41, makan tengah hari yang diatur oleh kakak sulungnya bertukar menjadi titik permulaan sebuah perkahwinan.

Dalam pertemuan pertama itu, dia berterus terang tentang niat untuk mendirikan rumah tangga dan memberikan masa seminggu untuk bakal isterinya membuat keputusan.

Persetujuan yang diterima membawa kepada pertunangan dan seterusnya perkahwinan. Kini, selepas hampir 13 tahun berumah tangga dan dikurniakan tiga cahaya mata, Azlan menganggap pertemuan singkat itu sebagai detik paling bermakna dalam hidupnya.

Setiap orang ada momen dengan Mekdi

Kisah-kisah ini membuktikan bahawa setiap orang mempunyai momen Mekdi yang tersendiri. Sama ada lucu, manis atau mengubah seluruh perjalanan hidup, momen yang paling berharga selalunya hadir tanpa dirancang.

Melalui kempen Mekdi, Mekdi meraikan setiap detik spontan yang menjadikan setiap kunjungan lebih bermakna.

Kerana di sebalik setiap hidangan, tersimpan cerita yang akan dikenang sepanjang hayat.

Jangan lupa ikuti Facebook, Instagram dan TikTok McDonald’s Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini serta inspirasi momen yang dikongsi oleh rakyat Malaysia serta mendapatkan pelbagai kemas kini dan berkongsi momen Mekdi korang sendiri.