Pelakon terkenal, Fazura berkongsi coretan ringkas yang ditulis untuk cahaya mata kesayangannya, Nur Fatima Aisya.

Artikel Berkaitan: Momen Fattah Amin & Fazura Bersama Fatima Di Sekolah Raih Perhatian Netizen

Kasih sayang seorang ibu 

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, menulis kata-kata menyentuh hati dengan mengingatkan Fatima bahawa segala yang dilakukan adalah untuk kebaikkannya.

Dalam masa yang sama, Fazura juga mengungkapkan rasa kasih dan sayang yang tiada penghujung untuk puterinya itu. 

Dan ingatlah sayang, semuanya kerana hanya yang terbaik buat mu.

Mommy sayang Fatima dunia akhirat.

Terdahulu, Fazura dan bekas suaminya, aktor Fattah Amin dilihat meluangkan masa bersama Fatima bagi mengikuti aktiviti Cultural Day di sekolah.

Untuk rekod, Fazura pernah mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Sumber: Instagram