
Isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan, Abang Tesla iaitu Nurmajdina tampil respon ciapan seorang individu yang tidak menerima dirinya dimadukan. .
Artikel Berkaitan: ‘Sebab Itu Tak Dapat Mengandung’ – Nurmajdina Kekal Tenang, Enggan Layan Provokasi Netizen
Artikel Berkaitan: ‘Hadiah Terindah Adalah Nurmajdina Terima Awak Seadanya’ – Abang Tesla Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Isteri Kedua
Tip terima poligami

Menerusi ciapan yang dimuat naik, seorang pengguna Threads mempersoalkan tindakannya yang memilih untuk tidak berbaik mahupun mengambil tahu mengenai isteri kedua suaminya.
Menurutnya, dia memilih untuk menjarakkan hubungan dengan madunya sebagai salah satu langkah menjaga kesihatan mental dan emosi sebagai isteri pertama.
Saya isteri nombor satu yang terpaksa menerima poligami.
Salahkah jika saya tak mahu berbaik dengan madu? Saya ambil pendekatan tak nak ambil tahu dan mahu menjarakkan hubungan demi kesihatan emosi dan mental.
Saya tak pernah campur urusan suami dan madu. Salah ke? Saya belum boleh terima semua yang berlaku.
Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang respons daripada pemilik nama Nurmajdina Jamari apabila dia tampil memberikan pandangan serta solusi ringkas berhubung situasi yang dibangkitkan.
Anggap saja tak wujud.
Sumber: Threads @nurmajdina_








