Pernah tak korang terfikir, kalau usia kita tidak diukur mengikut tahun kelahiran tetapi melalui keupayaan tubuh bergerak, berapa agaknya “usia” sebenar badan kita?
Selama ini, kita mengira umur berdasarkan tarikh lahir. Namun, dua individu yang sebaya tidak semestinya mempunyai tahap kesihatan dan keupayaan pergerakan yang sama. Ada yang masih aktif melakukan pelbagai aktiviti walaupun umur makin meningkat, manakala ada juga yang mula rasa badan lemah dan tidak selincah dahulu.
Sebab itu, penting untuk kita memahami tahap mobility atau keupayaan tubuh untuk bergerak.
Usia tak semestinya menggambarkan keadaan tubuh
Bayangkan dua orang yang sama-sama berusia 40 tahun. Seorang masih aktif, boleh berjalan jauh, naik tangga dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Seorang lagi pula cepat letih dan telah mula menghadapi kesukaran untuk bergerak.

Walaupun umur mereka sama, tahap kecergasan dan pergerakan tubuh mereka jelas berbeza. Inilah yang cuba dilihat melalui konsep Move Age. Ia bukan sekadar berapa umur kita, tetapi sejauh mana tubuh kita masih mampu bergerak dan melakukan aktiviti harian dengan baik.
Dengan memahami Move Age, kita akan lebih peka terhadap keadaan tubuh dan dari sini kita boleh mula mengambil langkah awal untuk menjaga kekuatan, keseimbangan dan pergerakan tubuh seiring dengan peningkatan usia.
Berapa sebenarnya usia tubuh kita?
Nak tahu keadaan mobility korang? Cuba buat Anlene Move Age Challenge. Nanti bolehlah korang dapat gambaran tentang keupayaan pergerakan tubuh badan.
Caranya cukup mudah:
- Jalani Ujian: Anlene Move Age Challenge
- Semak Keputusan: Bandingkan keputusan pergerakan tubuh dengan usia sebenar korang.
- Nilai Diri: Keputusan ini mungkin mengubah cara korang melihat tahap kesihatan dan pergerakan diri.
Namun, jangan jadikan keputusan ini sebagai diagnosis kesihatan. Sebaliknya, gunakannya sebagai titik permulaan untuk lebih mengenali tubuh sendiri dan melihat aspek yang boleh diperbaiki.
Jangan tunggu badan ‘pancit’ baru nak mula jaga

Menjaga tubuh supaya kekal aktif adalah perkara yang perlu difikirkan oleh semua golongan umur terutama mereka yang telah berusia. Amalan seperti melakukan aktiviti fizikal secara berkala, mengamalkan pemakanan seimbang dan memastikan tubuh mendapat nutrien secukupnya perlu menjadi rutin harian.
Untuk melengkapkan gaya hidup aktif, pengambilan nutrien yang menyokong tulang, sendi dan otot sangat penting.
Kalau korang tak tahu nak mula dari mana, korang boleh cuba Anlene GOLD 5X.

Anlene GOLD 5X dirumus secara saintifik dengan 2 gelas sehari:
- 100% Kalsium & Vitamin D
- Protein tinggi
- Kolagen & Vitamin C
- MFGM Active™ serta 17 vitamin dan mineral
Malah, pengambilan susu yang mengandungi MFGM Active dan nutrien penting bersama senaman berkala turut menunjukkan manfaat terhadap keupayaan fizikal.
Dalam kajian yang dirujuk Anlene, individu yang mengambil dua gelas susu sehari bersama senaman berkala menunjukkan 2 kali ganda peningkatan kelincahan dan peningkatan ketara dalam kekuatan otot.
Ini menunjukkan bahawa menjaga kekuatan dan pergerakan tubuh bukan hanya bergantung kepada senaman, tetapi juga pengambilan nutrien yang mencukupi sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Jaga mobility sambil kawal kolesterol?

Bagi korang yang menitikberatkan paras kolesterol, korang boleh ambil Anlene CholestoPro. Susu ini hadir dengan Dual Action Formula yang mengandungi nutrien penting untuk menyokong mobility serta mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Ia mengandungi 1.2g sterol tumbuhan, Omega 3 & 6, 100% kalsium dan vitamin D, protein tinggi, kolagen, vitamin C, B1, B2 & B3 serta MFGM Active™.
Menurut Anlene, pengambilan 1.2g sterol tumbuhan setiap hari bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif terbukti secara klinikal membantu mengurangkan paras kolesterol dalam tempoh empat minggu.
Umur pada kad pengenalan memang tidak boleh diubah, tetapi keadaan tubuh dan keupayaan untuk bergerak bergantung pada cara kita menjaganya.
Cuba Anlene Move Age Challenge hari ini untuk melihat keupayaan pergerakan tubuh korang kerana semakin kita memahami tubuh sendiri, semakin mudah untuk kita kekal aktif dan menikmati setiap momen penting dalam hidup.
Korang juga boleh mencuba Move Age Test di siri jelajah concourse roadshow mereka dan menikmati pemeriksaan tulang (bone scan), saringan kolesterol dan Move Age Test secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi boleh didapati di SINI.







