
Juara Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship, Aliff Rakib menyuarakan pandangan mengenai keputusan pertarungan membabitkan jaguh Muay Thai sensasi negara, Jojo Ghazali yang tewas kepada Ramadan Ondash.
Artikel Berkaitan: PU Amin Puji Jojo Ghazali, Seru Angkat ‘Influencer’ Beri Contoh Positif – ‘Jiwa Atlet Tak Perlu Konten Pelik Untuk Naikkan Nama’
Artikel Berkaitan: Johan Ghazali Dedah ‘Screenshot’, Tolak Tawaran ‘Marketing’ Sampah – ‘Tak Kisah Kau Bagi RM100 Juta ..’
Jojo patut menang

Menerusi hantaran di TikTok, Aliff berpendapat Jojo sepatutnya diangkat sebagai pemenang berdasarkan aksi yang dipamerkan sepanjang tiga pusingan pertarungan tersebut.
Katanya, Jojo menunjukkan kematangan dari segi taktikal serta menggunakan strategi yang baik dan wajar diberikan kemenangan.
Kalian lihat perlawanan itu bagaimana? Pada kalian siapa sepatutnya yang menang perlawanan tersebut?
Saya lihat Jojo yang sepatutnya menang, dia layak menang 100 peratus. Jojo berlawan menggunakan IQ yang bagus.
Saya tidak tahu mahu berkata bagaimana, tetapi dia yang sepatutnya menang. Ramadan pada pusingan ketiga, dia seperti tahu sudah kalah. Jojo pada pusingan ketiga sudah tahu dia akan menang.
Dalam masa sama, Aliff turut mengingatkan penyokong sukan tempur itu agar tidak melemparkan kecaman atau komen negatif, sebaliknya terus memberikan sokongan kepada Jojo yang telah mempamerkan aksi membanggakan.
Apa pun, netizen jangan komen yang tidak elok, terus sokongan Jojo.
Terdahulu, hasrat Jojo untuk kembali mencipta kemenangan di pentas ONE Championship tidak kesampaian apabila tewas kepada petarung Lubnan, Ramadan Ondash dalam pertarungan yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, pada Jumaat.
Jojo atau nama sebenarnya Johan Ghazali terpaksa akur dengan keputusan ‘split decision’ selepas mengharungi pertarungan sengit selama tiga pusingan dalam kategori flyweight Muay Thai.
Sumber: TikTok







