
Produk terbaharu keluaran personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming iaitu Sambal Nyet Bilis mendapat perhatian ramai sehingga ada yang sanggup membeli dan menjualnya semula dengan harga yang lebih mahal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’
Penjelasan pakar

Situasi itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet sehingga menimbulkan persoalan mengenai perbuatan tersebut di sisi Islam.
Pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman tampil memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan.
Dari sudut Syariah, apabila seseorang telah membeli dan memiliki sambal tersebut secara sah, ia sudah menjadi hak miliknya. Pada asasnya, dia boleh menjual semula pada RM25, RM50 atau lebih jika ada pembeli yang reda.
Allah SWT berfirman:
“…kecuali melalui perniagaan yang dilakukan atas dasar saling reda.” (al-Nisa’: 29)
International Islamic Fiqh Academy (IIFA), Resolusi No. 46 turut menegaskan: “Tiada kadar keuntungan tertentu yang ditetapkan Syariah untuk peniaga.
Menurut Zaharuddin, menjual semula barangan yang dibeli dengan margin yang lebih tinggi, ia tidak automatik akan menjadi haram.
Bagaimanapun, tindakan tersebut akan mengundang masalah jika mempunyai unsur-unsur yang tidak baik.
Namun ia boleh menjadi bermasalah jika melibatkan penipuan, manipulasi, najash, ihtikar atau tindakan sengaja mengganggu bekalan sehingga memudaratkan masyarakat.
Bagi sambal yang bukan barang keperluan asas dan mempunyai banyak alternatif, isu ihtikar juga lebih sukar untuk diaplikasikan.
Ringkasnya, penjual semula berhak menjual barang miliknya pada harga yang dipersetujui. Pembeli berhak membeli, mencari alternatif atau boikot jika harga dianggap tidak munasabah.
Khairul Aming/pengeluar, apabila produk telah dijual dan resale itu bukan tindakannya, dia pada asasnya tidak menanggung kesalahan atas harga yang ditetapkan pihak lain.
Justeru, Zaharuddin menegaskan bahawa tidak semua perkara salah di sisi hukum meskipun mendapat tentangan daripada segelintir pihak.
Kita perlu bezakan antara “saya tidak suka scalper” dengan “scalping itu haram.” Tidak semua yang kita tidak suka dari sudut komersial menjadi haram dari sudut fiqh.
Kalau RM25 terlalu mahal, jangan beli. Apabila tiada demand, pasaran sendiri akan menghukum harga tersebut.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)
