
Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans memilih untuk berjimat dengan tidak membeli pakaian baharu untuk anak ketiganya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Juliana Evans Hamil Anak Ketiga, Sifatkan Tahun Ini Waktu Paling Sesuai
Artikel Berkaitan: Teruja Kongsi Berita Gembira, Juliana Evans Umum Hamil Anak Kedua!
Berjimat cermat
View on Threads
Kata pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans, 37, dia mula mengeluarkan semula barangan bayi yang masih disimpan sejak tiga tahun lalu.
Sekarang saya ada baki dua bulan lagi sebelum bersalin, saya mula keluarkan semula semua barang baby yang dah tersimpan dalam stor selama tiga tahun.
Syukur sangat sebab kebanyakan barang masih saya simpan.
Dalam pada itu, Juliana turut berkongsi beberapa tip berjimat cermat yang diamalkannya khususnya dalam membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata.
Juliana menekankan kepentingan mengitar semula pakaian bayi yang masih elok dan memastikan pakaian tersebut disimpan dalam keadaan bersih.
Jadi, saya nak kongsikan beberapa tips untuk berjimat bila ada baby.
Kitar semula. Kalau ini bukan anak pertama, guna semula sebanyak mungkin barang baby yang pernah dibeli untuk anak sebelum ini.
Pastikan barang masih bersih, elok dan selamat untuk digunakan.
Menurutnya, tidak salah untuk menerima pemberian daripada orang yang terdekat sekiranya baru sahaja menimang cahaya mata kerana kebanyakan barangan bayi hanya digunakan pada masa yang singkat.
Jika ini anak pertama anda, terimalah barangan bayi terpakai daripada keluarga, rakan-rakan, adik-beradik serta ipar-duai.
Cara ini sememangnya banyak membantu saya berjimat daripada perlu membeli barangan baharu.
Tidak mengapa menggunakan barangan terpakai kerana sesetengah barangan bayi hanya digunakan dalam tempoh yang singkat.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)


