
Penyanyi Marsha Milan mengakui kemenangan diraihnya menerusi kategori Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40 mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.
Artikel Berkaitan: AJL40: Marsha Milan Syukur Suara Semakin Pulih, Hampir Menangis Ketika Sesi Latihan
Artikel Berkaitan: AJL40: Marsha Milan Dah Dua Minggu Hilang Suara, Satu Pasukan Jatuh Sakit – ‘Persiapan Kami Terbantut’
Syukur

Ketika ditemui OhBulan!, Marsha, 41, berkata bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila vokalnya diperakui oleh juri selain menghormati keputusan juri yang diketuai Datuk Acis.
Mungkin ada yang tak berapa setuju dan mungkin ada yang setuju. Bagi saya, juri yang memilih dan mereka lebih arif dalam hal ini.
Jadi saya berterima kasih kepada juri. Mungkin telinga juri dan telinga netizen berbeza. Saya pun tidak boleh nak cakap apa-apa.
Saya berterima kasih juga kepada juri kerana akhirnya mengiktiraf vokal saya.
Marsha berkata demikian ketika ditemui selepas siaran langsung AJL40 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.
Kata Marsha, dalam keadaan kesihatannya yang kurang baik, bukan mudah untuknya membawakan lagu Tangisan Seorang Pendosa.
Saya masih lagi dalam fasa penyembuhan. Salah seorang doktor yang merawat saya ketika saya sakit juga hadir pada malam ini (Sabtu).
Dalam keadaan seperti ini, memang susah untuk saya kawal suara. Tetapi alhamdulillah Allah izinkan saya berada di atas pentas dan dapat anugerah ini.
Dalam pada itu, Marsha bersyukur apabila ada pihak yang melihat potensinya, sekali gus membuatkannya lebih teruja untuk terus berkarya.
Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa, tetapi saya kelu. Kalau saya diberikan kesihatan yang saya rasa sempurna pun, mungkin belum tentu lagi saya boleh menang.
api dengan situasi sekarang, lagi saya tak terfikir yang akan menang. Jadi bila Acis cakap begitu, saya sangatbersyukur sebab akhirnya ada orang yang nampak potensi dalam vokal saya.
Saya harap kemenangan ini boleh menjadi satu motivasi untuk saya terus membetulkan lagi vokal saya dan mungkin juga mencari lebih banyak karya untuk saya berkarya.
Di pentas AJL40 itu, Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.





![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)


