
Individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembantu juruterbang Malaysia yang ditahan selepas disyaki menyeludup dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia, Rabu lalu telah dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas
Artikel Berkaitan: Juruterbang Malaysia Ditahan Di Indonesia, Dakwa Jadi ‘Keldai’ Seludup 25 Kilogram Dadah
Kenal pasti

Memetik Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya belum melakukan penangkapan terhadap individu terbabit.
Bagaimanapun, Hussein berkata individu tersebut dipercayai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Buat masa ini kita sudah kenal pasti seorang individu berumur 30-an yang bertugas membuat saringan di pintu masuk.
Kita akan panggil dia dalam masa terdekat untuk membantu siasatan dan kalau ada keperluan kita akan lakukan tangkapan.
Hussein berkata prosedur saringan di KLIA menetapkan setiap pengembara perlu melalui empat peringkat pemeriksaan.
Jadi kalau melepasi saringan pertama yang dibuat secara automatik melalui sistem imbasan itu, tidak akan pergi (saringan) kedua.
Tapi kalau dapat mengesan sesuatu dan pemerhatian authoriti itu, dia akan dibawa ke saringan kedua dan ketiga.
Jadi dalam kes ini, sekiranya melepasi saringan tanpa sebarang perkara yang mencurigakan, benda itu akan ‘go through.
Menurutnya, mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan yang diadakan semalam mencapai kata sepakat untuk mengetatkan prosedur di KLIA.
Semalam, kita semua bersetuju ada keperluan untuk ketatkan lagi atau tambah lagi prosedur pemeriksaan di KLIA.
Sumber: Harian Metro








