Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime tidak berdiam diri apabila netizen menyindirnya dengan panggilan ‘bibik’ kerana memasak untuk suami meskipun sudah bergelar isteri jutawan.

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Akui Tidak Mudah Jadi Usahawan, Jadikan Aliff Syukri & Neelofa Sebagai Idola

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’

Bibik?

Dalam perkongsian terbaharu di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, memuat naik video memaparkan dirinya sedang memasak hidangan untuk suaminya, Datuk Lokman Teh.

Meskipun pelakon drama Si Kolot Suamiku itu hanya berkongsi resipi namun perkongsian itu tetap mendapat respon negatif daripada segelintir netizen.

Salah satu komen yang mencuri perhatian adalah mendakwa tindakan Atikah yang rajin memasak itu sama seperti seorang pembantu rumah.

Kahwin dengan orang kaya tapi kena masak pula macam bibik.

Tidak berdiam diri, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil membalas komen negatif itu.

Oh, habistu cef di restoran awak panggil bibik juga ke?

Warganet terutamanya peminat Atikah mula mengecam komen individu terbabit dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar.

Untuk info, Atikah tercalon dalam kategori Selebriti Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.

Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.

Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.

Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.

Sumber: TikTok