Pelakon Kamal Adli menyeru orang ramai agar tidak mengaitkan urusan peribadi bekas isteri, Uqasha Senrose, susulan kontroversi yang melanda drama terbaharunya.

Artikel Berkaitan: MIG Mohon Maaf, Tiada Niat Sentuh Bab Agama Dalam Madu Atau Racun – ‘Teguran Ini Satu Pengajaran Besar’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Co-Parenting’ Bersama Kamal Adli Terima Reaksi Positif, Uqasha Senrose Akui Masih Belajar Jadi Ibu – ‘Apa Saja Yang Terbaik Saya Ikut’

Mohon tidak libatkan anak

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli, 40, mengakui dirinya bukanlah individu yang berada pada kedudukan yang selayaknya untuk bersuara.

Bagaimanapun, pelakon berusia 40 tahun itu berharap agar kontroversi yang melanda drama terbaharu Uqasha tidak menjejaskan atau dikaitkan dengan puteri tunggal mereka, Hawra.

Minta maaf sangat, saya tahu saya tak layak cakap apa-apa.

Tapi isu drama Madu Atau Racun itu harap sangat jangan sampai serang Uqasha sampai boleh melibatkan nama anak saya, Hawra dan perkara lain.

Menurut Kamal, dia juga tidak menyokong mana-mana produksi yang menormalisasikan babak percintaan kaum sejenis namun berpendapat perkara itu tidak seharusnya sampai menjejaskan rezeki bekas isterinya.

Saya tak sokong tapi jangan sampai libatkan perkara peribadi dan rezeki Uqasha.

Sumber: Threads @kamaladli