
Pelakon, Kamal Adli berkongsi rasa teruja apabila dapat meluangkan masa bersama anaknya, Hawra Uqaira di taska buat pertama kali.
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Kamal Adli Belajar Minta Maaf Kepada Diri Sendiri, Akui Mental & Tubuh Dah Penat – ‘Saya Seorang Yang Gagal Sebagai Manusia, Ketua…’
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Minta Hanya RM50 Untuk Beli Susu Anak’ – Kamal Adli Guna Threads Hulur Bantuan
Gembira
View on Threads
Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengakui berasa gembira apabila dia berpeluang menyaksikan anaknya belajar, bermain dan melakukan pelbagai aktiviti sepanjang sesi tersebut,
Dalam pada itu, Kamal memaklumkan bahawa bekas isterinya, Uqasha Senrose, turut hadir ke sesi berkenaan.
Bagaimanapun, Kamal meluahkan rasa terkilan kerana tidak mempunyai sebarang gambar untuk dikongsi memandangkan terlalu teruja melihat anaknya menjalani aktiviti tersebut.
Semalam saya gembira kerana pertama kali dapat pergi ke playschool Hawra.
Dapat tengok dia bermain, belajar dan menyanyi. Ayah dia yang paling beria sekali.
Ibu Hawra pun ada juga.
Oh ya, sebab terlalu teruja sampai terlupa nak ambil gambar.
Sumber: Threads








