
Kehilangan kucing yang dikenali sebagai Lembu di stesen LRT Dato’ Keramat akhirnya diketahui apabila seorang individu memaklumkan bahawa haiwan berbulu itu kini sedang berehat di rumah salah seorang kakitangan Prasarana.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Mohon Bantuan Orang Ramai Cari Kucing Hilang – ‘Kalau Ternampak Beritahu, Nanti Saya Bagi Reward’
Artikel Berkaitan: Tetamu Sifatkan Tuan Rumah Pemalas Guna Peralatan Pakai Buang, Fedtri Yahya Tampil Beri Teguran
Kucing
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan memaklumkan bahawa Lembu dibawa ke rumah seorang kakitangan untuk berehat dan menjalani kuarantin selepas doktor mengesahkan kucing itu menghidap batu karang.
Pun begitu, batu karang yang dihadapi Lembu tidak kritikal namun perlu mengambil ubat seperti yang ditetapkan oleh doktor.
Kata individu itu lagi, Lembu akan dibebaskan semula di LRT Dato’ Keramat selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Buat yang tertanya-tanya mana pergi kucing gemuk @ lembu dekat LRT Dato’ Keramat, sekarang Lembu tengah kuarantin di rumah staf prasarana.
Bawak pergi vet, doktor vet beritahu ada batu karang tapi tak kritikal.
Doktor suruh bagi makan Royal Canin dan ubat-ubat yang lain selama dua mingu.
Selepas dah sihat akan dilepaskan semula ke LRT Dato’ Keramat.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna LRT meluahkan kebimbangan selepas mendapati Lembu tidak lagi kelihatan di stesen berkenaan.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)
