Kek coklat yang diusahakan isteri kepada pempengaruh dan usahawan sensasi, Jofliam, iaitu Emira Delyati Dewi menyorot perhatian selepas didakwa indah khabar daripada rupa.

Artikel Berkaitan: Dewi ‘Deactived’ IG? ‘Harap Tak Hilang Lama, Kami Rindu Content Dia’

Artikel Berkaitan: Jofliam Jawab Dakwaan Netizen Dewi Tidak Pandai Masak – ‘Agak Terkejut Orang Kalut Persoal Isteri Letak Daun Kari’

Kek coklat

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu memuat naik foto yang memaparkan perbezaan antara kek coklat yang dipasarkan dengan produk sebenar.

Pada hantaran yang sama, kek coklat didakwa dalam keadaan cair serta tidak menyerupai seperti gambar yang dipromosikan.

Jangkaan versi realiti.

Harga kemain mahal. RM120 untuk satu loaf dan RM14 untuk sepotong kek.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Dewi dapat menambah baik kualiti kek coklat yang dijual supaya setimpal dengan harga.

Sumber: Threads @pijah_lembik