
Foto: News18
Seorang lelaki bertopeng didakwa mengheret seorang guru wanita keluar dari kelas sebelum menikamnya berulang kali sehingga maut.
Artikel Berkaitan: Remaja 18 Tahun Tikam Bayi Selepas Bersalin, Konon Guna Gunting Sebab Nak Potong Tali Pusat
Artikel Berkaitan: Kes Ibu Berusia 15 Tahun Tikam Bayi Baru Dilahirkan, Polis Cari Mohammad Hazuarie Bantu Siasatan
Tikam guru

Gambar sekadar hiasan
Kejadian tragis itu dilaporkan berlaku di sebuah sekolah swasta yang terletak di Faridabad, Haryana, India kira-kira jam 9.30 hingga 9.40 pagi Isnin.
Menurut pihak polis, suspek menutup wajahnya menggunakan kain putih sebelum memasuki kawasan sekolah melalui pintu utama.
Suspek juga dipercayai menunggu seketika di dalam kawasan sekolah sebelum bertanyakan lokasi mangsa kepada kakitangan sekolah.
Pegawai Penyiasat Balai Polis Sektor-58, Inspektor Kewal Singh memaklumkan, suspek mengheret mangsa sebaik sahaja dia keluar dari kelas lalu menyerangnya menggunakan pisau.
Bukan itu sahaja, suspek turut menghalau rakan-rakan mangsa yang cuba membantu selepas mendengar jeritan sebelum menyerangnya secara berterusan sehingga rebah.
Mangsa berusia 30 tahun tersebut dikerjakan ke Hospital dan Kolej Perubatan Al-Falah, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital berikutan ditikam suspek sebanyak 18 ke 20 kali yang mensasarkan pada bahagian leher dan dada.
Bagaimanapun, selepas insiden itu suspek melarikan diri sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.
Difahamkan motif pembunuhan masih belum dikenal pasti, namun siasatan masih diteruskan.
Sementara itu, pihak berkuasa juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenalpasti identiti suspek.
Sumber: News 18







