
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Madammu meluahkan rasa syukur selamat tiba di Malaysia dari Indonesia.
Artikel Berkaitan: Madammu Kongsi Pengalaman Hijrah, Pernah Buka Tudung Sebab Rambut Gugur
Artikel Berkaitan: Kuku Mudah Patah Punca Madammu Sering Pakai Kuku Palsu
Madammu syukur

Madammu atau nama sebenarnya Datin Eriyca Baiduri, berkongsi mengenai perkara tersebut di akaun Thread miliknya.
Alhamdulillah, selamat touch down di Kuala Lumpur dari Jakarta. Lega!
Dalam pada itu, Madammu memaklumkan dia perlu mengambil jalan alternatif untuk pulang ke tanah air susulan beberapa lapangan terbang di Indonesia ditutup sementara berikutan letusan Gunung Anak Krakatau.
Dari Jakarta pergi ke Surabaya naik kereta sembilan jam. Kemudian naik kapal terbang dari Surabaya ke Kuala Lumpur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersyukur apabila usahawan tersebut dapat pulang ke negara ini dengan selamat.
Untuk info, ramai penumpang dilaporkan terkandas di Indonesia selepas pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menghentikan sementara operasi lapan lapangan terbang berikutan pergerakan abu gunung berapi berkenaan.
Sumber: Threads







