Personaliti media sosial, Maryam Younarae meluahkan rasa kagum terhadap cara rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh keceriaan dan sikap patriotik.

Artikel Berkaitan: Maryam Dedah Suami Konsisten Bantu Bentang Sejadah – ‘Perkara Kecil Tapi Tujuh Tahun Dia Masih Buat’

Artikel Berkaitan: ‘Ikut Islam Bukan Sebab Orang Suruh, Tapi Saya Nak Hidup Dengan Rasa Syukur Atas Nikmat Yang Allah Bagi’ – Maryam

Kagum

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Maryam mengakui terkejut apabila melihat cara rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang disifatkannya berbeza berbanding sambutan oleh rakyat di Korea Selatan.

Kata Maryam, sambutan di sini agak meriah berbeza dengan Korea Selatan yang lebih serius dalam mengenang sejarah serta perjuangan rakyat untuk mendapatkan kebebasan.

Masa pertama kali datang ke Malaysia, saya agak terkejut melihat betapa meriahnya rakyat Malaysia menyambut Hari Merdeka.

Di Korea pun kami ada Gwangbokjeol, tetapi suasananya agak berbeza. Bagi kami, Gwangbokjeol terasa lebih serius mengenang sejarah yang penuh kepayahan dan menghormati mereka yang telah berkorban demi kebebasan kita.

Jadi, melihat semua orang di sini dengan penuh semangat melaungkan ‘Merdeka!’ merupakan sesuatu yang sangat baru bagi saya.

Kata Maryam, pengalamannya menyambut kemerdekaan di sini membuatkan dirinya berasa lebih dekat dengan rakyat Malaysia serta memahami semangat patriotisme yang ditunjukkan mereka.

Kini, suami dan anak-anak saya semuanya rakyat Malaysia. Jadi, Hari Merdeka juga terasa begitu dekat dan peribadi buat saya.

Sumber: Threads