Wanita yang ditemukan mati di dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah, Kuala Kangsar, Jumaat lalu dipercayai merupakan warga asing.

Artikel Berkaitan: Pemilik Kedai Telefon Dib*nuh Dengan Tukul, Mayat Disorok Dalam But Kereta

Artikel Berkaitan: Bapa Didakwa Bun*h Bayi 18 Bulan, Polis Tak Tolak Kemungkinan Mangsa Diliw*t – ‘Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon’

Mayat wanita dalam sungai Perak

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar iaitu Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa selepas proses semakan cap jari namun belum menemukan maklumat berkaitan.

Bukan warga tempatan, sebaliknya warga asing. Identitinya masih belum dikenal pasti.

Mangsa sebelum ini disahkan sebagai seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

Mayat berkenaan ditemukan selepas polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan kira-kira jam 3.12 petang Sabtu yang memaklumkan mengenai penemuan tersebut di sungai.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Sinar Harian