Isu mengenai kematian seekor anjing bernama Rocky telah menyorot perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan pandangan di media sosial termasuk selebriti serta personaliti media sosial.

Artikel Berkaitan: Mek Yun Mohon Maaf Melulu Ulas Isu Kematian Anjing ‘Rocky’ – ‘Saya Sepatutnya Tunggu Siasatan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Salah Anggap Isu Rocky, Sherry Alhadad Kesal Jadi Mangsa Kecaman – ‘Serangan Itu Tentang Fizikal’

Kata-kata positif

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu tampil menyelar tindakan segelintir pihak yang didakwa mengecam pempengaruh, Mek Yun dengan kata-kata kesat dan meninggalkan komen melampau sehingga ada yang mengancam keselamatannya.

Sejujurnya bila saya baca komen-komen negatif saya sendiri rasa takut.

Ugutan yang melampau. Tak kan sampai macam tahap macam ini? Sedihnya perkara macam ini berlaku di negara kita sendiri.

Kita boleh tegur kalau kita rasa dia silap, tapi kalau sampai mengugut, menghina dan ajak ramai-ramai menyerang dia, itu bukan budaya kita.

Dalam masa sama, individu itu juga memohon kepada orang ramai supaya tidak cepat menghukum seseorang di atas khilaf mereka.

Jangan kerana satu kesilapan, kita terus menghukum seseorang seumur hidup dan jangan sampai kemarahan kita terhadap sesuatu perkara membuatkan kita hilang sifat belas kasihan sebagai manusia.

Sementara itu, individu berkenaan berharap agar Mek Yun berada dalam keadaan yang baik, selain turut memberi kata-kata semangat kepadanya.

Mek Yun, saya harap awak baik-baik sahaja.

Saya harap awak sedang berehat dan saya harap suatu hari nanti, bila hati awak sudah cukup kuat, awak kembali semula.

Menyedari akan hantaran tersebut, abang kepada Mek Yun iaitu Abe Wee menghargai hantaran individu tersebut yang dianggap sangat bermakna untuk mereka.

Saya baru buka Threads tadi, terima kasih.

Kata-kata awak sangat bermakna buat adik saya dan seluruh keluarga.

Terima kasih juga kepada semua yang tinggalkan komen-komen positif di posting adik ini. Kami sangat hargainya.

Terdahulu, Mek Yun tampil memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini berhubung kematian Rocky.

Dalam hantaran sama, Mek Yun menjelaskan dia mengambil keputusan memadam video berkenaan selepas menyedari tindakannya membuat kenyataan tanpa memahami keseluruhan situasi merupakan satu kesilapan.

Sumber: Threads