
Tindakan pelakon, Nabila Huda saling berbalas komen dengan pempengaruh, Tareq Fit di platform Threads mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Suka-Suka Sentuh Anak Orang, Setiap Adegan Ada Konteks’ – Nabila Huda Ulas Babak Intim
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Tak Sabar Nak Hitamkan Semula Rambut ‘Blonde’ – ‘Nampak Pelik, Gaya Ini Hanya Untuk Watak’
Dunia lakonan haram?

Menerusi satu hantaran, Nabila, 41, berkongsi mengenai kecintaannya terhadap dunia lakonan, khususnya proses membentuk dan menghidupkan sesuatu watak yang dibawakan.
Tahu tak, bahagian atau proses yang paling saya suka tentang menjadi seorang pelakon?
Mencipta watak. Solekan, rambut, gincu, cara dia bercakap, lontaran suara, semuanya boleh menentukan siapa dirinya, usianya dan tenaganya. Ada satu debaran yang sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata.
Apabila semua proses sudah siap, saya akan melihat diri sendiri di cermin dan tiba-tiba, saya sudah tidak nampak diri saya lagi. Saya nampak “dia (karakter)”.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat perhatian Tareq yang meninggalkan komen dengan mendakwa kerjaya dalam bidang lakonan dan hiburan sebagai sesuatu yang haram.
Hakikatnya, aktor hiburan haram. Korang (pelakon) adalah geng-geng hiburan haram, nak dunia sahaja. Semua ini tak wujud masa akhirat. Cuba tanya diri, Allah terima ini ke?
Kenyataan berkenaan kemudian mendapat respons daripada Nabila yang memilih untuk membalas komen tersebut secara terbuka.
Ye lah kami haram. Nanti saya minta maaf dengan Allah. Terima kasih sebab sedarkan saya.
Perbalahan di ruangan komen itu bagaimanapun tidak terhenti di situ apabila Tareq terus membalas beberapa kenyataan lain, sebelum responsnya turut dijawab semula oleh Nabila.
Sumber: Threads







