Ramai orang sebenarnya berminat nak simpan emas. Cuma bila fikir pasal harga emas, terus rasa macam kena tunggu gaji besar atau ada simpanan ribuan ringgit dulu.

Tanggapan inilah yang membuatkan ramai orang belum berani nak mulakan simpanan emas. 

Hari ini, memiliki emas tak semestinya perlukan modal yang besar. Malah, ada platform yang membolehkan korang mula dengan hanya RM10.

Emas dah lama dekat dengan rakyat Malaysia

Kalau tengok sekeliling, mesti ada ahli keluarga atau kenalan yang pernah membeli emas. Ada yang jadikan simpanan, ada yang beli sebagai hadiah, dan ada juga yang simpan untuk kegunaan apabila diperlukan.

Sebab itu, emas bukan sesuatu yang asing. Cuma ramai masih beranggapan ia mahal dan agak rumit untuk dimiliki.

Sedangkan sekarang, korang dah boleh mula mengumpul emas mengikut kemampuan sendiri tanpa perlu terus membeli dalam jumlah yang besar.

Apa sebenarnya emas digital?

Mudah cerita, emas digital membolehkan korang memiliki emas tanpa perlu menyimpannya sendiri di rumah.

Pegangan emas direkodkan secara digital dan korang boleh membeli sedikit demi sedikit mengikut bajet. Bila ada duit lebih, korang boleh tambah lagi simpanan.

Ia juga lebih fleksibel kerana korang boleh menjual semula, cash out kepada wang tunai atau menukarkannya kepada emas fizikal apabila diperlukan, tertakluk kepada terma platform yang digunakan.

Kredit: Pegadaian.co

Pos ArRahnu Gold-i mudahkan korang mula simpan emas

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan emas digital, Pos ArRahnu Gold-i menawarkan cara yang lebih mudah untuk bermula.

Platform emas digital patuh Syariah ini membolehkan korang mula memiliki emas dengan serendah RM10. Korang juga boleh membeli, menjual, menambah pegangan emas, cash out atau menukarkannya kepada emas fizikal mengikut keperluan.

Satu lagi kelebihan yang ditawarkan ialah antara spread emas paling rendah di pasaran. Dalam bahasa mudah, perbezaan antara harga beli dan harga jual adalah lebih kecil, sekali gus membantu pengguna mendapat nilai yang lebih baik apabila membeli atau menjual emas digital.

Selain itu, setiap pegangan emas pelanggan disokong oleh emas fizikal sebenar serta mempunyai pengesahan daripada badan yang diiktiraf seperti LBMA, SIRIM dan NMIM. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh Pos ArRahnu dengan kerjasama Go Capital Growth Sdn. Bhd. sebagai penyedia emas yang dilantik.

Pos ArRahnu bukan nama baharu dalam dunia emas

Ramai mengenali Pos Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan pos dan penghantaran, tetapi tidak semua tahu bahawa Pos ArRahnu sudah mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam perkhidmatan berkaitan emas melalui pajak gadai Islam.

Selain Pos ArRahnu Gold-i, Pos ArRahnu turut menawarkan emas fizikal seperti wafer dan jongkong emas kepada mereka yang lebih gemar memiliki emas secara nyata.

Dengan lebih 60 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara dan lebih 600 titik sentuhan Pos Malaysia, pelanggan juga lebih mudah mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Tak perlu tunggu kaya untuk bermula

Ramai orang menunggu masa yang sesuai untuk mula menyimpan emas. Hakikatnya, langkah pertama itu lebih penting daripada menunggu keadaan yang sempurna.

Kalau sebelum ini RM10 mungkin digunakan untuk kopi atau snek, kini jumlah yang sama juga boleh menjadi permulaan untuk korang memiliki emas secara digital.

Ketahui lebih lanjut mengenai Pos ArRahnu Gold-i atau daftar je di https://posarrahnugold.ace2u.com