
Pelakon, Nam Ron sekali lagi tampil memberikan penjelasan berhubung perkongsiannya berkenaan dakwaan pelakon meminta bayaran sebanyak RM100,000 untuk penglibatan dalam sebuah filem.
Artikel Berkaitan: ‘Que Haidar Tolong Jangan Menghilang Lagi, Terus Berdiri & Lawan’ – Namron
Artikel Berkaitan: ‘Namron Memang Suami Saya, Dah 22 Tahun Kami Bersama’ – June Lojong
Bayaran RM100K
View on Threads
Menurut Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 57, berkata memang ada pelakon yang dibayar dengan jumlah sebesar itu.
Bagaimanapun, kadar bayaran ditentukan berdasarkan hasil kerja yang pernah dilakonkan pelakon berkenaan termasuk mengambil kira anugerah yang pernah diterima.
Jelasnya, penerbit tidak akan teragak-agak untuk membayar pelakon itu sekiranya dia mampu membuktikan kredibiliti dan kualiti lakonannya.
Ada juga yang salah faham pasal pelakon minta Rm100,000 tu.
Bukan tiada pelakon dibayar 100k untuk berlakon filem. Cuma penerbit akan tengok dulu, market dia macam mana.
Contoh kalau pelakon tu dah membuktikan filem-filem lakonan dia memang box office. Kutipan puluh juta.
Pernah menang anugerah pula, pengikut pun ramai. Penerbit berani sahaja bayar dia, lebih RM100,000 pun ada.
Mengulas lebih lanjut, suami kepada pelakon, June Lojong itu berkata sukar untuk seseorang pelakon menerima bayaran tinggi sekiranya tidak mampu membuktikan kemampuan dalam bidang lakonan.
Tapi kalau belum membuktikan apa-apa susah lah sikit penerbit nak bayar RM100,000.
Terdahulu, nama Nam Ron menjadi bualan ramai selepas berkongsi mengenai seorang pelakon yang didakwa meminta bayaran sebanyak RM100,000 walaupun tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai.
Pelakon berkenaan bagaimanapun didakwa tidak mempunyai pengalaman berlakon dalam filem.






