
Teka-teki mengenai identiti di sebalik topeng pemenang Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) iaitu anggota kumpulan K.O.I akhirnya diketahui umum.
Artikel Berkaitan: K.O.I Tak Sasar Juara, Pilih Buat Sendiri Persiapan AJL40 – ‘Kertas Sejumlah 200,000 Yang Diterbangkan Kami Potong Sendiri’
Artikel Berkaitan: AJL40: KOI Dedah Sebab Kekal Bertopeng, Kadang ‘Lari’ Ambil Nafas Di Acara
Isteri dedahkan

Menerusi perkongsian di Threads, isteri kepada salah seorang anggota kumpulan tersebut, iaitu Tasha Awie mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga kepada mereka selepas dinobatkan sebagai juara di anugerah berprestij itu.
Bagaimanapun, yang menarik perhatian warganet adalah pendedahan Tasha mengenai identiti suaminya, Tuannicky.
Berdasarkan nama dalam ucapan tersebut, Tasha mendedahkan bahawa Tuannicky ialah vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham.
Juara! Alhamdulillah, tahniah suamiku sayang.
Tahniah K.O.I, bangga sangat dengan awak semua!
Komen netizen

Pendedahan tersebut ternyata telah mengejutkan warganet berikutan identitinya menjadi tanda tanya sejak kumpulan itu mula menempa nama ke peringkat akhir AJL.
Dalam pada itu, terdapat juga segelintir warganet yang sudah dapat mengesan dari awal figura di sebalik topeng misteri tersebut.
Terdahulu, K.O.I mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Juara AJL40, diikuti Aisha Retno di tempat kedua, manakala Ryenald Guntabid meraih tempat ketiga.
Kemenangan lagu Tiwikarma sekali gus melayakkan K.O.I membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000.
Sumber: Threads








