Pelakon Nora Danish akui sentiasa terbuka untuk kembali membuka hati meskipun hubungan percintaan sebelum ini tidak dapat diteruskan apabila keduanya memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Artikel Berkaitan: ‘Berubah Jadi Baik, Bukan Bermaksud Kita Dah Sempurna’ – Nora Danish

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish Kembali ‘Single’, Sudah Putus Dengan Mickey Ayo

Bersedia untuk cinta baru

Menerusi ciapan di aplikasi Threads, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, dilihat menjawab beberapa persoalan netizen berkaitan soal cinta.

Menurut Nora, dia tidak pernah menutup pintu hati namun tidak mahu terburu-buru dalam soal mencari pasangan.

Suka lelaki beriman.

Saya sentiasa berharap pada cinta tapi tidak pernah terburu-buru.

Selain itu, Nora turut berkongsi caranya bangkit dan sembuh selepas melalui kegagalan dalam hubungan percintaan.

Memaafkan segalanya jujur dari hati dan paling penting amalkan ‘lebih baik melihat cermin daripada tingkap. Sebelum cari salah orang, lihat diri sendiri dulu.’

Imbas kembali, Nora pernah menjalin cinta dengan lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo namun hubungan itu disifatkan tiada kesefahaman dalam beberapa perkara.

Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan Putra Rayqal sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Pada 2017, dia mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri tetapi perkahwinan mereka berakhir pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan dibina mereka mempunyai seorang putera, Neqayl.

Sumber: Threads @noradanish