
Setiap pekerjaan pasti meninggalkan pelbagai kenangan, namun satu peristiwa yang dialami oleh individu ini menjadi antara pengalaman yang sukar dilupakan.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Pantang Makan & Minum’ – Doktor IKN Kongsi Nasihat Buat Pesakit Kanser Sepanjang Kemoterapi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Hidap Kanser Tahap Tiga, Tapi Masalah Serius Berkaitan Rambut’ – Ben Ladin
Anak sakit kanser

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan berkongsi kisah seorang pelanggan yang datang bersama anak-anaknya untuk membeli aiskrim.
Lelaki tersebut bagaimanapun, tidak dapat membuat bayaran secara dalam talian kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.
Masa kerja part time dulu, ada seorang lelaki dengan anak dia datang nak beli aiskrim RM2 tapi tak boleh pakai kad, telefon dia pula tak ada bateri dan dia minta dekat saya nak pinjam kabel.
Saya cakap tak mengapa saya bayarkan sebab RM4 sahaja (anak dia dua orang).
Semasa anak-anaknya menikmati aiskrim, lelaki berkenaan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut.
Namun, paling menyentuh perasaaan adalah apabila lelaki itu berkongsi bahawa anaknya ialah seorang penghidap kanser.
Individu itu mengakui dirinya tidak mampu menahan sebak selepas mengetahui keadaan sebenar kanak-kanak tersebut.
Waktu tengah duduk makan aiskrim dekat kerusi, lelaki tu datang dekat saya cakap terima kasih sebab bayarkan. Katanya, ‘anak saya sakit kanser, dia teringin makan aiskrim ini.’ Sambil dia usap dan cium kepala anak dia.
Saya senyum je cakap sama-sama, sebab tak tahu nak cakap apa dah, sebak dengan mata pun dah kabur. Saya lari ke belakang dan menangis.
Peristiwa itu membuatkan individu berkenaan sedar bahawa setiap insan melalui ujian besar dalam hidup mereka, yang mungkin tidak diketahui orang lain.
Dalam masa sama, dia turut menitipkan doa agar keluarga lelaki tersebut sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Kita tak pernah tahu apa yang orang hadap tapi mungkin boleh jadi sebab rezeki akan terus mengalir, kita tak tahu.
Jadi, selalu bersangka baik dengan rezeki Allah. Kita tak tahu nanti Allah gantikan lebih lagi.
Saya doa keluarga abang itu sihat-sihat selalu.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

