
Misteri kehilangan dua pelajar perempuan dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah mencetuskan kebimbangan selepas kedua-duanya dilaporkan tidak dapat dikesan sejak beberapa hari lalu.
Artikel Berkaitan: Kanser Bukan Penghalang, Pelajar Hilang Kaki Berjaya Menamatkan Larian Merentas Desa Sejauh 7KM
Artikel Berkaitan: Pelajar 15 Tahun Jadi Mangsa Buli, Ibu Mangsa Dedah Anak Berisiko Hilang Pendengaran
Pelajar hilang

Memetik sumber Harian Metro, kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor yang kini diberi tempoh bertenang sebelum siasatan lanjut dijalankan.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, salah seorang daripada mereka mengalami keadaan seperti serangan panik atau kejutan.
Isnin lepas baru mereka diminta untuk disoal siasat oleh polis Alor Gajah untuk mendapatkan maklumat yang sebenar.
Kita bagi ruang sikit, sebab salah seorang pelajar itu bila kita dapat jumpa, dia macam ‘panic attack atau ‘shock’ sebab itu kita hantar ke hospital.
Jadi kita tak mahu mengganggu psikologi dan emosi mereka, biar bertenang, kita bagi tempoh seminggu ini untuk mereka dapat disiasat.
Tambahnya, kejadian berkenaan dianggap sebagai kes terpencil dan tidak seharusnya menjadi faktor untuk memperkenalkan peraturan baharu yang berpotensi membataskan penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti dan program MRSM.
Sebenarnya perkara ini adalah kes terpencil yang bagi saya tidak boleh kita jadikan satu konklusif untuk membuat satu peraturan yang akhirnya merencatkan segala aktiviti dan program yang selama ini berjalan dengan baik di MRSM.
Jadi pelajar ini pun perlukan proses pematangan.
Daripada dahulu lagi, ini bukan benda baru, pelajar memang boleh keluar bandar, katakanlah sebulan itu sekali ataupun dua kali mengikut syarat tertentu.
Mereka keluar pun tidak akan ditemani oleh guru, jadi itu sebab ini semua proses pendidikan dan pembelajaran.
Cuma kita nak tahu apakah kes terpencil ini terkait dengan apa, apakah faktor lain yang menjurus kepada itu…sebab itu saya tak boleh membuat kenyataan selagi mana kita tak dapat gambaran yang sebenar.
Sebelum dilaporkan hilang, kedua-dua pelajar terbabit difahamkan sempat menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan di Alor Gajah susulan mengalami masalah kesihatan.
Kes berkenaan kini masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber: Harian Metro







