
Seorang pelajar lelaki mengalami kecederaan selepas ditikam menggunakan kerambit oleh rakan perempuan sekelasnya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Rabu lalu.
Artikel Berkaitan: Lelaki Bertopeng Heret Guru Wanita Keluar Dari Kelas & Didakwa T*kam Mangsa 20 Kali Sehingga Maut
Artikel Berkaitan: Remaja 18 Tahun Tikam Bayi Selepas Bersalin, Konon Guna Gunting Sebab Nak Potong Tali Pusat
Ditikam rakan kelas guna kerambit

Memetik laporan Utusan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.42 pagi itu melibatkan pelajar berusia 14 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Sarudin Samah, siasatan awal mendapati suspek cuba menikam mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan pada lengan mangsa.
Kejadian melibatkan pelajar berusia 14 tahun. Dapatan awal polis mendapati ketika kejadian suspek kurang sihat, kemudian cuba menikam rakanya dengan menggunakan kerambit dan terkena bahagian lengan.
Bagaimanapun suspek sudah ditangkap, namun dibebaskan dengan jaminan polis. Sementara mangsa pula tidak ditahan wad.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber: Utusan








