Seorang pempengaruh menyorot perhatian susulan penampilannya yang dianggap kurang bersesuaian dengan imej sebagai wanita bertudung.

Artikel Berkaitan: Sabrina Azhar Kongsi Cerita Kawan Pernah Terima Layanan Buruk Di Korea – ‘Ada Pak Cik Tarik Tudung Kawan Saya & Minta Balik Negara Asal’

Artikel Berkaitan: Didakwa Terpalit Isu Kontroversi ‘Blackpig’, Ini Jawapan Pelajar Malaysia Di Korea

Baju tak kena dengan imej

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pempengaruh berkenaan dilihat merakam video dirinya sendiri sambil disertakan kapsyen ringkas.

Musim untuk melarikan diri daripada realiti sudah tiba.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang perhatian netizen yang menegur penampilan pempengaruh berkenaan kerana mengenakan gaun berpotongan mengikut bentuk badan.

Selain itu, ruangan komen turut dibanjiri teguran dan sindiran netizen yang menyarankan pempengaruh berkenaan memilih pakaian yang lebih bersesuaian dengan imej wanita bertudung.

Teguran daripada netizen

Sumber: TikTok @SabrinaAzhar