
Seorang pendakwah bebas terkenal hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu bagi menghadapi pertuduhan berkaitan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hampir RM13 juta.
Artikel Berkaitan: Kes Penyelewangan Dana Zakat: Tiga Individu Direhat Kerja, IKRAM Sedia Beri Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa
Pendakwah didakwa seleweng dana

Memetik laporan Sinar Harian, seorang wanita yang merupakan setiausaha pertubuhan itu turut hadir ke mahkamah bersama peguam masing-masing kira-kira jam 8:30 pagi.
Sebelum ini, pendakwah terbabit dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dana NGO berkenaan.
Siasatan dijalankan susulan dakwaan wujud transaksi kewangan yang melibatkan sejumlah wang daripada NGO tersebut ke akaun peribadi pendakwah berkenaan serta lapan akaun syarikat yang mempunyai kaitan dengannya.
Siasatan SPRM sebelum ini bertujuan untuk mengenal pasti aliran dana terbabit serta kemungkinan wujud salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO berkenaan.
Sumber: Sinar Harian






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

