
Seorang peniaga berkongsi keperibadian penyanyi Amira Othman, yang disifatkan sentiasa merendah diri biarpun bergelar selebriti terkenal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Syukur Tak Kemurungan Lepas Bersalin – ‘Saya Ada Suami Yang Sangat Supportive’
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Sikap Amira Othman & Fattah Amin – ‘Tidak Membudayakan Gender Reveal, Baby Bump’
Respon Amira
Menerusi sebuah hantaran, peniaga tersebut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Amira di platform Instagram.
Difahamkan peniaga berkenaan berhasrat memberikan biskut kepada Amira untuk dinikmatinya ketika berpantang.
Kakak ada beri kudap-kudap biskut dalam pantang. Sempena setahun yang dahulu Amira bagi duit dekat anak saya.
Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, mengucapkan terima kasih kepada peniaga tersebut kerana berkongsi rezeki dengannya.
Saya nak DM (direct message) kakak tapi terlupa username.
MasyaAllah terima kasih sangat-sangat, terkejut tengok banyak sangat kakak bagi.
Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan yang baik-baik untuk kakak. Susah-susah saja bagi pada saya.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Amira yang dilihat sangat bersopan-santun dalam pertuturannya.
Dalam masa yang sama, mereka juga kagum dengan cara Amira menghargai pemberian orang.
Sumber: TikTok








