
Sempena Bulan Merdeka ini, apa kata korang luangkan masa untuk explore lebih banyak tempat menarik yang ada di Malaysia.
Selain negeri tempat korang tinggal, mungkin masih banyak lagi tempat yang belum pernah korang terokai.
Daripada pantai dan pulau yang cantik, bandar penuh sejarah hinggalah lokasi yang menawarkan pengalaman berbeza, setiap destinasi ada tarikan tersendiri yang boleh buat korang jatuh cinta.
Justeru itu, Firefly Airlines mengajak rakyat Malaysia untuk meneroka lebih banyak keunikan negara sendiri dan mencipta pengalaman baharu di destinasi yang mungkin selama ini terlepas daripada radar korang.
Langkawi, Kedah

Kalau sebut Langkawi, mesti terbayang pantai dan laut biru. Tapi sebenarnya banyak lagi yang boleh diterokai di pulau ini.
Korang boleh naik ke puncak Gunung Mat Cincang menggunakan Langkawi SkyCab untuk menikmati pemandangan kepulauan dari atas, berjalan di Langkawi Sky Bridge atau singgah ke Kilim Geoforest Park untuk pengalaman menyusuri kawasan hutan bakau, gua batu kapur dan formasi alam semula jadi.
Kalau nak percutian yang gabungkan alam semula jadi dan aktiviti menarik, Langkawi memang sesuai untuk dimasukkan dalam senarai.
Alor Setar, Kedah

Alor Setar pula sesuai untuk korang yang suka meneroka bandar dengan nilai sejarah dan budaya. Selain Menara Alor Setar yang menjadi antara mercu tanda utama, korang boleh singgah ke Masjid Zahir, Pekan Rabu atau kawasan sekitar bandar lama untuk melihat sisi Kedah yang lebih tradisional.
Jangan lupa cari makanan tempatan seperti laksa Kedah dan hidangan yang menggunakan kuah pekat serta rasa yang cukup unik. Destinasi ini mungkin lebih tenang berbanding bandar besar, tetapi itulah yang membuatkan pengalaman meneroka Alor Setar terasa lebih autentik.
Johor Bahru, Johor

JB bukan sekadar bandar untuk singgah sebelum ke Singapura. Korang boleh explore kawasan bandar lama seperti Jalan Tan Hiok Nee yang dipenuhi bangunan bersejarah, kafe dan kedai menarik, selain menjadi port makanan tempatan yang semakin mendapat perhatian.
Kalau bercuti bersama keluarga pula, banyak tarikan seperti taman tema dan aktiviti hujung minggu yang boleh dimasukkan dalam itinerari. Dengan gabungan sejarah, makanan, budaya dan tarikan moden, JB sesuai untuk short getaway tanpa perlu pergi terlalu jauh.
Nak explore lebih jauh? Firefly juga bawa korang ke destinasi ASEAN
Kalau tiga destinasi dalam Malaysia tadi dah masuk wishlist, korang juga boleh sambung perjalanan ke beberapa destinasi ASEAN yang tidak kurang menarik.
Singapura

Kalau nak sambung perjalanan ke luar Malaysia, Singapura pula sesuai untuk short city getaway. Selain lokasi popular seperti Marina Bay dan Gardens by the Bay, korang boleh meneroka kawasan seperti Kampong Glam dan Haji Lane yang terkenal dengan bangunan berwarna-warni, mural, butik serta kafe yang menarik.
Kalau suka berjalan kaki sambil mencari spot bergambar dan makanan, kawasan kejiranan seperti ini menawarkan pengalaman Singapura yang berbeza daripada tarikan pelancongan biasa.
Krabi, Thailand

Bagi yang rindukan suasana pantai, Krabi memang antara destinasi yang mudah buat korang rasa macam tengah bercuti dalam postcard.
Selain pantai popular, korang boleh meneroka Railay Beach yang dikelilingi tebing batu kapur, menaiki bot ke pulau-pulau sekitar atau mencari lokasi alam semula jadi seperti Emerald Pool.
Dengan laut yang jernih, pulau cantik dan pemandangan batu kapur yang ikonik, Krabi sesuai untuk korang yang mahukan percutian santai tetapi tetap penuh dengan aktiviti.
Cebu, Filipina

Cebu pula menawarkan pengalaman yang sedikit berbeza dengan kombinasi pulau, air terjun dan aktiviti laut. Korang boleh jadikan kawasan seperti Moalboal sebagai salah satu lokasi untuk melihat sardine run, meneroka air terjun atau menikmati aktiviti island hopping.
Bagi yang sukakan pengembaraan, Cebu memang menarik kerana banyak pengalaman boleh dilakukan dalam satu trip, daripada menikmati laut biru hingga meneroka keindahan alam semula jadi Filipina.
Bercuti bukan sekadar check-in hotel
Sama ada dalam Malaysia atau ke destinasi sekitar ASEAN, setiap tempat menawarkan pengalaman berbeza yang mungkin selama ini korang hanya tengok di media sosial.
Lagi best, bercuti bukan sekadar ambil gambar untuk dimuat naik. Korang boleh cuba makanan baharu, kenal budaya tempatan, explore lokasi yang belum pernah dilawati dan bawa pulang memori yang tak boleh dibeli.
Nak explore lebih banyak? Firefly boleh bantu merealisasikan trip korang

Bukan sekadar membawa korang ke pelbagai destinasi di Malaysia dan ASEAN, Firefly juga menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan praktikal.
Antara kelebihan yang boleh korang nikmati termasuk:
- Pilihan berlepas dari KLIA Terminal 1 atau Subang Skypark, jadi lebih fleksibel mengikut lokasi dan keselesaan korang.
- Elaun bagasi daftar masuk percuma sehingga 10kg, sesuai untuk trip singkat mahupun percutian bersama keluarga.
- Snek percuma dalam penerbangan, jadi korang boleh menikmati perjalanan dengan lebih selesa.
- Untuk mereka yang mahukan lebih fleksibiliti, FLEXFares menawarkan penukaran tarikh tanpa had, memberi ketenangan sekiranya rancangan perjalanan berubah.
Siapa kata kenangan indah hanya boleh dicipta di luar negara? Kadang-kadang, hidden gems yang paling dekat dengan kita pun boleh memberikan pengalaman yang tak disangka-sangka.
Jadi, tunggu apa lagi? Bulan Merdeka ini mungkin masa yang sesuai untuk buka peta, pilih destinasi dan mula turn wishlist korang jadi realiti bersama Firefly.
Layari laman web rasmi atau aplikasi Firefly dan mula cipta lebih banyak memori di destinasi pilihan korang.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
