
Selepas kira-kira 10 tahun menghasilkan kandungan video berkaitan makanan, pempengaruh media sosial Rhys Williams mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya dalam bidang berkenaan.
Artikel Berkaitan: Rhys Williams Jadi Sado, Susut 42 Kilogram – ‘Ambil Masa Bertahun Juga’
Artikel Berkaitan: Turun 10 KG Tanpa Sebarang Supplement, Lelaki Ini Berjaya Buktikan Mampu Kurus Dalam Masa Hanya 2 Bulan
Selamat tinggal
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, Rhys berkata perjalanan kerjayanya bermula sebagai seorang blogger sebelum menceburi dunia penghasilan kandungan makanan.
Rhys turut menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati pelbagai hidangan serta masakan Malaysia sepanjang perjalanan kerjayanya.
Selepas 10 tahun saya buat video makan, ini adalah pengakhirannya.
Satu dekad menghasilkan kandungan mengenai makanan, begitu cepat masa berlalu.
Bermula dengan blogging dan strem di Facebook secara live yang ringkas, kemudian beralih ke Youtube dengan video lebih panjang dan lebih berkualiti.
Selepas itu bertukar kepada video pendek di Instagram, TikTok dan Facebook dan akhirnya di kaca televisyen dengan siri saya sendiri.
Menurut Rhys, kerjayanya itu memberi peluang kepadanya untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama dan perniagaan termasuk kerajaan.
Kata Rhys, dia kini bersedia memulakan langkah baharu selepas berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri.
Saya masih di Malaysia tapi tahun ini saya mahu mulakan langkah baharu dan fokus kepada arah baharu.
Sudah sampai masa saya pula yang memberi kepada orang.
Ini bukan pengakhiran terakhir saya, tetapi satu permulaan yang baru.
Sumber: TikTok








