Pelakon, Rita Rudaini mempunyai sebab tersendiri dalam menyediakan makanan tambahan buat anaknya yang sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Jaga Pemakanan Anak Ketika Peperiksaan – ‘Tenaga, Fokus & Minda Sangat Penting’

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Kenang Babak Sepak Eman Manan Dalam ‘Tiupan Sangkakala’ – ‘Kaki Rasa Nak Terseliuh..’

Kena perli

View on Threads

Menurut Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, makanan yang disediakan itu sekadar makanan tambahan sebagai usaha untuk memastikan pemakanan anaknya sentiasa terjaga.

Malah, Rita menafikan dakwaan dirinya seorang ibu yang terlalu memilih soal makanan memandangkan anaknya masih menikmati hidangan yang disediakan di Dewan Makan (DS).

Saya bukan demand. Anak saya tetap makan di DS seperti pelajar lain.

Yang saya sediakan cuma makanan extra sepanjang peperiksaan kerana bagi saya menjaga pemakanan anak juga satu bentuk ikhtiar seorang ibu. 

Persediaan tambahan yang dilakukannya itu tidak terlepas daripada sindiran segelintir pihak, namun Rita menasihatkan anaknya supaya tidak mengambil pusing dengan kritikan orang ramai.

Walaupun ada yang memerli manja dan dengan perkataan macam-macam lagi, saya pesan pada anak saya pekak kan telinga, kita hidup bukan untuk puaskan hati manusia lain.

Mengulas lebih lanjut, Rita berkata Allah SWT telah menetapkan bahagian rezeki masing-masing dan sebagai manusia perlu mensyukuri apa yang telah diberikan.

Tentang rezeki, jangan terlalu lama memandang pinggan orang sampai terlupa mensyukuri apa yang ada dalam pinggan sendiri.

Allah tidak pernah tersalah alamat bila memberi rezeki. Bahagian dia, tetap bahagian dia. Bahagian kita, takkan tertukar dengan sesiapa.

Tak semua yang orang dapat kita perlu dapat.

Sumber: Threads