
Pelakon Rita Rudaini mendedahkan dia akan mengambil berat soal pemakanan anak sepanjang tempoh peperiksaan.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Kenang Babak Sepak Eman Manan Dalam ‘Tiupan Sangkakala’ – ‘Kaki Rasa Nak Terseliuh..’
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Suatu Hari Nanti Wujud Ruang Komunikasi & Setiap Ibu Bapa Didengari Tanpa Mengira Siapa Mereka’ – Rita Rudaini
Rita Rudaini
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, berkata dia akan memastikan pemakanan anaknya sentiasa terjaga sepanjang peperiksaan percubaan SPM.
Sepanjang anak saya tengah Trial SPMRSM, saya sendiri ambil inisiatif untuk jaga pemakanan dia.
Keluar duit sendiri, plan menu sendiri dan saya minta kerjasama kafe untuk bantu sediakan menu yang saya pilih.
Honestly, I genuinely enjoy doing it.
Dalam pada itu, Rita berpendapat tempoh peperiksaan bukan hanya memerlukan persediaan dari segi pembelajaran, malah pemakanan yang sihat turut memainkan peranan penting.
Bagi saya, waktu exam bukan hanya tentang study. Pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi pun sangat penting untuk tenaga, fokus dan minda, especially bila anak tengah struggle dengan exam.
Ini salah satu cara saya support anak saya dari rumah.
Sumber: Threads Rita Rudaini








