
Pelakon, Rita Rudaini mengakui gementar apabila pertama kali bergandingan dengan legenda tanah air, Eman Manan menerusi drama Tiupan Sangkakala.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Suatu Hari Nanti Wujud Ruang Komunikasi & Setiap Ibu Bapa Didengari Tanpa Mengira Siapa Mereka’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: YDP & Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini, Dakwa Digelar ‘Prof Kangkung’ & Gila Jawatan
Sepak kaki
View on Threads
Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, mengenang kembali pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika berlakon dengan Eman.
Rita mendedahkan berasa seram sejuk apabila diarahkan oleh pengarah untuk menyepak kaki Eman dalam salah satu babak di drama tersebut memandangkan Eman merupakan antara pelakon yang amat diseganinya.
Masa ni saya pertama kali dapat tawaran bergandingan dengan seorang legenda. Seram sejuk berlakon untuk babak pertama sebab saya kena sepak dia masa tengah solat.
Babak itu banyak kali take sebab pengarah kata sepakan itu nampak bocor (tipu).
Menurut Rita, Eman membenarkannya untuk menendang dirinya demi memastikan babak tersebut kelihatan lebih realistik.
Usai melakukan sepakan tersebut, Rita menerima pujian daripada pengarah.
Namun, Rita mengakui kakinya terasa sakit seolah-olah terus menerima balasan selepas melakonkan babak itu.
Abang Eman kata dengan saya tendang saja betul-betul. Dalam hati saya. ‘bila masa lagi kan nak terajang Eman Manan’.
Dan sekali sepak saja terus pengarah cut dan puji. Tapi kaki saya rasa macam nak terseliuh, rasa sakit.
Terus rasa dapat balasan. Keras betul badan macam sepak batu.
Sumber: Threads








