Edisi ke-10 yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2028 berkemungkinan menjadi penutup kepada siri penganjuran RXZ Members yang menghimpunkan peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lebih 100k Tonton ‘Live’ Suami MUA Bellaz Pulang Dari RXZ Members 8.0

Artikel Berkaitan: Suami Pasrah Isteri Hamil 7 Bulan, Anak Parah Dilanggar Peserta RXZ – ‘Saya Berdoa Kandungan Tidak Terjejas’

Kemungkinan bakal berakhir

Gambar: RXZ Members Official

Memetik Harian Metro, penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Mat Ali berkata bagaimanapun tidak menolak kemungkinan penganjurannya dihentikan lebih awal sekiranya berdepan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.

Ramai menyangka RXZ Members akan terus berlangsung sampai bila-bila, namun seperti kata orang, yang bermula pasti akan berakhir.

Jika mengikut perancangan dan jangkaan saya, RXZ Members mungkin akan menutup tirainya pada siri ke-10 pada tahun 2028 atau mungkin juga lebih awal.

Mengulas mengenai kejayaan pada tahun ini, Faizal tidak menafikan ia berpunca daripada kerja keras serta pengorbanan semua pihak yang bersama-sama menjayakan program berkenaan.

Malah, Faizal berharap para peserta dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk mengukuhkan hubungan sesama peminat serta menikmati setiap pengalaman yang dilalui sepanjang program berlangsung.

Faizal turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Terengganu atas sambutan, layanan mesra serta kesabaran yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Pada masa sama, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dari seluruh negara yang hadir memberikan sokongan terhadap acara berkenaan.

Tidak juga kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta pasukan keselamatan yang memberi komitmen yang sangat tinggi sepanjang program berlangsung.

Sumber: Harian Metro