Pempengaruh dan usahawan, Sam Lim tampil memohon maaf berhubung isu membabitkan seorang bekas pekerjanya yang pernah bertugas sebagai hos siaran langsung atau ‘live host’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim Hadir Kelas Solat Fardhu, Netizen Puji Usaha Dalami Agama Islam – ‘Bukan Convert Semata’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim & Parisa Ardina Bersedekah, Hadiahkan Motosikal Kepada Peniaga Cakoi

Mohon maaf

Menerusi perkongsian video di TikTok, Sam Lim berkata dia mengambil maklum perkara yang berlaku dan memohon maaf sekiranya terdapat kenyataan atau hantaran sebelum ini yang menyinggung perasaan bekas pekerjanya itu.

Saya ingin meminta maaf kepada pekerja yang sebelum ini, yang live host itu. Kalau ada apa-apa hantaran yang saya tersalah cakap, saya minta maaf kepadanya.

Selepas ini kami akan sampaikan konten dengan cara yang betul. Pihak saya akan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.

Dalam pada itu, Sam Lim turut memberikan penjelasan mengenai isu bekerja selama 24 jam, permit bekerja pada waktu malam serta kemudahan ruang solat di premis berkenaan.

Ada dakwaan kami menyuruh ‘live host’ kerja 24 jam, sebenarnya perkara itu sudah dimaklumkan dalam kontrak. Ada yang akan bekerja pada syif malam dan ada pula siang.

Sebenarnya konsep 24 jam ini dilakukan oleh jenama lain juga, bukannya kami suruh awak kerja 24 jam. Ada pembahagian syif.

Mengenai aduan akta yang perlu memohon permit jika bekerja waktu malam, di sini saya ingin maklumkan bahawa akta tersebut sudah dimansuhkan sejak 2023.

Satu lagi isu mengenai ruang solat yang tidak sempurna. Bilik solat itu kotor kerana ada yang menghisap rokok di situ. Pihak saya minta maaf. Selepas ini akan sedaya upaya ‘upgrade’ tempat solat.

Sementara itu, pengurus yang juga rakan kepada Sam, Nicholas turut tampil memohon maaf susulan kata-kata yang pernah dilemparkan terhadap suami bekas pekerja berkenaan.

Saya juga ingin minta maaf kepada suami awak yang saya tersilap maki. Tapi itu memang cara saya cakap begitu. Andai kata-kata saya sebelum ini buat dia tidak selesa, saya minta maaf. Selepas ini kalau saya mahu maki orang atau mahu bercakap, saya akan guna otak.

Sumber: TikTok