
Pempengaruh media sosial, Norreen Iman mendakwa berdepan pelbagai provokasi dan fitnah susulan perubahan dalam kehidupannya.
Artikel Berkaitan: Hantaran Terbaharu Norreen Iman Tuju Pada Bekas Suami? – ‘Banyak Kali Awak Cuba Tunjukkan Awak Adalah Mangsa..’
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Kongsi Foto ‘Free Hair’ Bersama Dua Anak, Ruangan Komen Dibanjiri Doa Netizen
Banyak tuduhan, provokasi terhadap Norreen

Menerusi hantaran di Threads, Norreen menjelaskan segala tuduhan yang timbul di media sosial tidak mempunyai kaitan dengan perubahan yang dilakukannya.
Oleh itu, dia mengingatkan agar seseorang tidak terlalu bergantung kepada pandangan atau pengesahan orang lain, sebaliknya terus kekal positif.
Provokasi semakin menjadi-jadi. Banyak tuduhan fitnah yang tercetus. Semua perkara ini berlaku dan tiada satu pun berkaitan dengan perubahan yang saya lakukan.
Begitulah dunia media sosial. Teruskan tersenyum dan kita tidak seharusnya mencari pengesahan daripada orang lain.
Bagaimanapun, Norreen sempat membalas komen seorang pengikut yang menasihatinya supaya tidak melayan provokasi demi menjaga ketenangan diri dan anak-anak.
Saya harap dia faham tanggungjawabnya terhadap anak-anak. Dia boleh menjalani kehidupan seperti apa sahaja yang dia mahu, lagi bahagia lagi bagus.
Tapi tindakan berani untuk hidup gembira sambil mengabaikan mereka, memang keterlaluan.
Walaupun tidak menyebut nama individu berkenaan, komen tersebut dipercayai merujuk kepada bekas suaminya selepas Norreen menyentuh mengenai tanggungjawab terhadap anak-anak.
Sumber: Threads Norreen Iman








