
Pelakon Indonesia, Asmara Abigail mengakui Ayam Gepuk antara sajian yang digemarinya setiap kali berada di Malaysia.
Artikel Berkaitan: Peluru Senja: Fabian Loo Bergelut Dalam Lumpur, Ditemani Ular & Kala Jengking
Asmara Abigail suka tinggal di Malaysia

Ketika ditemui OhBulan!, Asmara turut berseloroh mengatakan bahawa sajian ayam gepuk versi Malaysia lebih sedap berbanding yang terdapat di Indonesia.
Saya suka makan ayam gepuk. Bagi saya ayam gepuk di Malaysia lebih menyelerakan berbanding di Indonesia.
Mereka menghasilkan sajian yang lebih sedap.
Asmara berkata demikian selepas tayangan filem Peluru Senja (The Ghost and The Gun) di GSC Lalaport, pada Sabtu.
Berkongsi lanjut, Asmara berkata antara perkara yang paling disukainya tentang Kuala Lumpur adalah peluang untuk bertemu rakan-rakannya yang menetap di Malaysia.
Selain bekerja, saya datang ke sini untuk jumpa kawan-kawan saya di Kuala Lumpur.Saya rasa bandar ini sangat hidup. Saya juga suka berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam di sini.
Datang dari Jakarta, perkara itu sesuatu yang saya harap kerajaan saya boleh lakukan untuk negara kami sendiri. Saya suka Malaysia!.
Mengulas mengenai filem Peluru Senja (The Ghost and The Gun), Asmara memaklumkan antara cabaran yang dihadapinya ialah melakonkan watak Siti, seorang wanita tempatan yang bertutur menggunakan dialek Pahang.
Untuk menghidupkan watak seorang perempuan Melayu berasal Pahang bukan kerja mudah. Tapi saya gembira kerana ini adalah filem perjuangan yang akan ditayangkan sempena hari Kemerdekaan.
Bagi saya ini adalah satu penghargaan yang amat besar apabila pelakon indonesia diberi kepercayaan membawa watak dan cerita sebegini.
Saya mengharapkan filem ini berjaya memenangi hati audien. Saya harap mereka sukakan filem ini.
Filem Peluru Senja (The Ghost and The Gun) yang turut dibintangi Hazman Al-Idrus, Fabian Loo, Brett Tutor dan ramai lagi akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos ini.
Filem bertaraf antarabangsa itu diedarkan oleh MSK Cinemas Sdn. Bhd. dan diterbitkan dengan kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures serta Viking Sunset Studios.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)