
Pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan tampil memberikan kata-kata semangat terhadap rakan seperjuangannya, Wani Kayrie yang bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) malam ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afieq Shazwan Terima Pujian Perdana Menteri Bangladesh, Sebutan Bahasa Bengali Raih Perhatian
Artikel Berkaitan: ‘Ini Semua Kehendak Allah..Kalau Kata Jodoh, Berjodoh Juga’ – Afieq Shazwan
Kata-kata semangat
View on Threads
Kata-kata semangat itu diberikan selepas Wani meluahkan rasa tidak percaya apabila bakal membuat penampilan sulungnya di pentas AJL40.
Afieq atau nama lengkapnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 29, menitipkan pesan kepada Wani agar memperbanyakkan selawat.
Dalam masa yang sama, Afieq turut berharap Wani memberikan persembahan yang terbaik pada malam tersebut memandangkan penampilan Wani antara yang paling dinanti-nantikan oleh penonton.
Selawat banyak-banyak dan lakukan yang terbaik. Semua tertunggu-tunggu.
Sebelum ini, Wani menerusi satu hantaran di media sosial meluahkan rasa sayu dan tidak menyangka dirinya berjaya melayakkan diri sebagai finalis AJL40.
Sumber: Threads








