Hantaran pelakon Julia Farhana sekali lagi menyorot perhatian menerusi perkongsian ‘selfie’ terbaharunya selepas kembali tidak bertudung.

Artikel Berkaitan: Julia Farhana Sudah Tidak Berhijab? ‘Repost’ Video Pergi Salon & Tukar Gambar Profil ‘Free Hair’

Artikel Berkaitan: ‘Mesti Ada Pasang Surut’ – Dr Che Hafiz Nafi Rumah Tangga Bersama Julia Farhana Bergolak

Selfie berkemban

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Julia, 32, dilihat memuat naik beberapa foto dirinya ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat kecantikan.

Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian warganet dengan ‘selfie’ Julia yang disifatkan seksi.

Pada hantaran sama, rata-rata netizen tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut melihat ‘selfie’ Julia yang tampil berkemban sekali gus ruangan komen turut dipenuhi titipan doa agar Julia kembali ke jalan Allah.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, pelakon berusia 32 tahun itu tidak berdiam diam malah berterima kasih atas setiap doa yang dititipkan buatnya.

Untuk rekod, Julia mula tampil berhijab sekitar Mac 2023 dan beberapa bulan selepas itu dia pernah berkongsi bahawa menerima banyak tawaran lakonan selepas berhijrah dengan imej baharu berkenaan.

Sumber: Instagram @juliafarhanamarin