
Pempengaruh media sosial, Aazief Khalid berkongsi keperibadian yang dimiliki oleh penyanyi terkenal, Aina Abdul.
Artikel Berkaitan: ‘Pelik Tengok Perempuan Yang Pertikai Lelaki Sayang & Hormat Ibu Sendiri’ – Aazief Khalid
Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Tampil Bersetuju Dengan DMA Islam – ‘Bawa Keluar Anak Orang Tapi Bukan Provider’
Keperibadian Aina

Menerusi hantaran di Threads, Aazief mendedahkan Aina sering menghadiri setiap acara yang dianjurkan oleh keluarganya.
Aina Abdul ialah salah seorang artis Malaysia kegemaran saya.
Untung setiap kali keluarga buat acara seperti rumah terbuka hari raya atau konsert, dia besar hati untuk datang sokong dan mengharumi event kita.
Dalam masa yang sama, Aazief menyifatkan Aina sebagai seorang penyanyi berbakat besar, namun kekal merendah diri meskipun sudah berjaya meraih pelbagai kejayaan.
Selain itu, Aazief juga senang melihat pencapaian yang diperoleh Aina dan dilihat semakin mengukuhkan namanya dalam industri seni.
Sentiasa merendah diri, namun memiliki bakat yang cukup luar biasa sehingga mampu membuatkan seluruh penonton di stadium kagum dengannya.
Saya gembira kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia telah menempa kejayaan besar dalam industri.
Sementara itu, Aina juga membalas ringkas hantaran tersebut dan menghargai kata-kata positif yang diberi oleh Aazief.
MasyaAllah, terima kasih juga.
Sekadar info, Aina telah berjaya meraih trofi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL 40) baru-baru ini menerusi lagu Kamu dan turut menerima Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee.
Bukan itu sahaja, penyanyi bervokal tinggi ini turut diumumkan sebagai wakil Malaysia ke Eurovision Asia Song Contest 2026.
Sumber: Threads







