Usahawan, Datin Seri Shahida tampil memberi penjelasan mengenai keputusannya menjalani pembedahan pada bahagian hidung selepas mengalami masalah sinus yang teruk.

Artikel Berkaitan: Shahida Kongsi Cara Didik Anak, Wajib Ikut Setiap Kali Pergi Kenduri – ‘Nak Ajar Mereka Mesra, Tak Kekok Dengan Orang’

Masalah sinus

Menerusi hantaran di TikTok, Shahida, 41, berkata masalah tersebut bukan sahaja menyebabkan hidungnya kerap tersumbat, malah turut disusuli beberapa gejala lain yang semakin teruk dari semasa ke semasa.

Pertama sekali, sebab mata saya kerap gatal dan bengkak, selalu bersin, hidup asyik tersumbat, batuk-batuk. Kadang kala nak telan makanan tekak rasa tak selesa dan telinga asyik berdesing. Semakin lama semakin bertambah teruk keadaan saya.

Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa dia mengalami kesukaran bernafas melalui hidung selepas menjalani pembedahan.

Buat sementara waktu, saya tidak boleh bernafas ikut hidung, kena ikut mulut. Agak seksa juga. Dalam hidung saya doktor masukkan ‘stan’ dan akan dicabut pada 9 September tapi saya beritahu tidak boleh. Saya minta cabut pada 8 September sebab ada urusan kerja.

Meskipun masih dalam tempoh pemulihan, Shahida tetap meneruskan beberapa urusan kerja yang sudah dijadualkan.

Sumber: TikTok