Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly mempersoalkan tindakan individu yang menawarkan bayaran yang disifatkannya seolah-olah masih menggunakan kadar pada era 1990-an untuk mengambilnya bekerja.

Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Malu Digelar Cef Selebriti – ‘Rasa Tak Layak’

Artikel Berkaitan: Pelanggan Kurang Puas Hati Makan Di Restoran, Sheila Rusly Respon – ‘Kalau Tak Sedap, Saya Faham’

Tawaran

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Sheila, 54, berkongsi perbualan bersama seorang individu yang tidak dinamakan berhubung tawaran untuk mengambilnya sebagai hos sebuah pertandingan.

Kata Sheila, dia sudah tidak mengambil tawaran untuk menjadi hos kerana menyifatkan ramai individu lain yang mampu menggalas peranan berkenaan.

Sheila kemudian bertanyakan alasan individu itu menawarkan dirinya sebagai hos namun jawapan yang diterima membuatkannya tergamam.

Individu tersebut menjelaskan bahawa dia menyukai keletah Sheila namun memaklumkan bajet yang disediakan untuk tawaran itu hanyalah RM1,500.

Ni tiada kena mengena sombong atau pun riak mahu pun bongkak. Kadang tertanya juga, kita masih di era 90-an ke?

Saya tahu saya bukan cef, tak tahu nak gelak ke nak marah.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memberikan pendapat mereka berkenaan dengan hal itu.

Sumber: Threads