
Pelakon Sherry Ibrahim tampil memberikan respon berhubung kenyataannya sebelum ini berkenaan isu kematian seekor anjing bernama Rocky.
Artikel Berkaitan: Jinggo Nasihat Kilafairy Isu Rocky – ‘Doa & Kata-Kata Awak Sangat Tidak Baik’
Artikel Berkaitan: Mek Yun Mohon Maaf Melulu Ulas Isu Kematian Anjing ‘Rocky’ – ‘Saya Sepatutnya Tunggu Siasatan’
Turunkan kenyataan

Menerusi perkongsian terbaharu di Threads, Sherry atau nama lengkapnya Syarizad Ibrahim, 43, memaklumkan bahawa dia sudah menerima penerangan berkenaan isu tersebut daripada sumber sahih.
Justeru, Sherry mengambil keputusan untuk menurunkan hantarannya terdahulu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Saya telah menerima penjelasan berhubung kejadian melibatkan anjing bernama Rocky daripada sumber berita serta pihak KRT(Kawasan Rukun Tetangga) kawasan yang menjelaskan situasi dan kronologi kejadian.
Setelah mengambil kira penjelasan tersebut,saya mengambil keputusan untuk menurunkan hantaran terdahulu bagi menghormati penjelasan yang telah diberikan serta memberi ruang kepada pihak berwajib menjalankan tugas dan siasatan sewajarnya.
Dalam masa sama, Sherry juga menegaskan tentang aspek keselamatan dan kebajikan yang harus dititikberatkan ketika mengendalikan haiwan.
Dalam apa juga operasi menangkap, mengawal atau mengendalikan haiwan, aspek kebajikan, keselamatan dan pengendalian secara berperikemanusiaan perlu sentiasa diberikan keutamaan.
Semua pihak yang terlibat perlu memahami serta mematuhi SOP dan peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].
Selain itu, Sherry juga berharap agar isu ini menjadi pengajaran supaya kebajikan setiap pihak dilindungi dengan tidak mudah mendakwa atau membuat kesimpulan awal sebelum siasatan selesai.
Walau bagaimanapun, saya ingin menyeru agar kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
Kita boleh berbeza pandangan, tetapi soal kebajikan haiwan tidak seharusnya menjadi medan untuk saling menuduh atau menghukum sebelum fakta sebenar diketahui.
Kebajikan haiwan perlu dijaga, keselamatan manusia perlu dilindungi, dan pegawai yang menjalankan amanah juga perlu dihormati.
Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan membawa kepada penambahbaikan yang lebih baik pada masa hadapan.
Terdahulu, Sherry dikecam selepas bersuara mengenai kes kematian Rocky yang dilaporkan berlaku di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang baru-baru ini.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
